Penerangan Teperinci Tentang Program Sahabat Agro

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini kami akan terangkan secara terperinci, bagaimana Program Sahabat Agro ini berfungsi sehingga anda dapat menjana pendapatan Pasif setiap Bulan yang diberikan oleh pihak Agrobank. Juga, kami akan dedahkan siapa kami Team Pahlawan Agro.

Apa Itu Program Sahabat Agro?
  1. Program Yang Diwujudkan Oleh Agrobank Bagi Promosikan Produk Dan Servis Mereka
  2. Program Ini 100% Milik Agrobank
  3. Telah dilancarkan secara Rasmi pada Mac 2016 sehingga kini
  4. Terdapat Dua Produk Yang Perlu Ada Untuk Melengkapkan Program Sahabat Agro
    • Anda Perlu Buka Akaun Berjangka AgroprimaS Dengan Amaun Minima Rm500 sehingga tiada Had (Dalam Team Pahlawan Agro, kami biasa galakkan bermula dengan Rm500)
    • Anda Perlu Ada atau Buka Akaun Simpanan Agrobank Dengan Amaun Minima Rm20 (Lengkap dengan pendaftaran Internet Banking dan Kad Debit Visa Paywave)

Bagaimana Program Ini Menjana Pendapatan Secara Asas
  1. Anda buka dua (2) akaun seperti diterangkan diatas. Modal permulaan Rm520. Dan duit Modal Rm500 boleh dikeluarkan semula selepas 12 bulan penyertaan.
  2. Promosi, Ajak, Cerita dan apa sahaja yang anda guna untuk hebahkan tentang Sahabat Agro. Ada beberapa cara dan teknik promosi akan kami ajar kepada anda, ada yang Zero Kos dan ada yang Berbayar. Tetapi kami banyak mengajar teknik Percuma sahaja sebab ia lebih mudah untuk anda lakukan.
  3. Setelah kerja marketing dilakukan, mereka akan sertai Program Sahabat Agro ini dengan membuka akaun yang sama dengan anda.
  4. Anda akan menerima komisen setiap bulan dari bank selagi orang-orang yang buka akaun bersama anda tadi masih menyimpan duit modal Rm500 mereka dengan bank. Kalau 5 tahun mereka masih simpan, maka 5 tahunlah anda akan menerima komisen setiap bulan.
  5. Dan syarat ini juga tertakluk kepada anda, juga perlu simpan modal Rm500 dengan bank untuk layak terima komisen dari program ini.
  6. Anda akan menerima komisen sehingga 4 Level dibawah anda. Sila lihat ilustrasi dibawah. Ia adalah referral program bukan MLM ya. Dan program ini telah diluluskan oleh bank Negara.

  7. Di Pahlawan Agro kami mengamalkan sistem 20dup20. Iaitu kami menggalakkan anda dapatkan Rujukan 20 orang diperingkat pertama anda jika anda mempunyai misi dan cita-cita untuk dapatkan lebih Rm10k pasif income.
  8. Bagaimana hendak dapat 20 orang? Kami akan ajar anda sekiranya anda berdaftar bawah rujukan Team Pahlawan Agro.
Siapa Kami Team Pahlawan Agro?
  1. Kami adalah satu kumpulan ahli sahabat agro, yang bergerak seiringan dengan ahli kami dalam mengembangkan pendapatan setiap bulan.
  2. Format dan pergerakan kami promosi adalah dalam bentuk yang sama. Setiap tindakan promosi kami adalah tidak melanggar syarat yang ditetapkan pihak Agrobank.
  3. Rujuk dibawah team kami, anda akan memperolehi pelbagai marketing tool dan tips untuk tujuan promosikan rangkaian anda.
  4. Anda juga akan dijemput untuk sertai group support kami di Facebook, Telegram dan Whatsapp. Didalamnya terdapat tool dan tips yang mungkin tidak pernah dikongsikan oleh founder asal Pahlawan Agro ini.
  5. Anda tidak akan ditinggalkan apabila sudah menjadi ahli Sahabat Agro dibawah pimpinan Pahlawan Agro kerana kami sudah menyediakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk berjaya dalam program ini. (Hendak Dengan Tidak Sahaja).
  6. Apabila sudah selesai pendaftaran jadi ahli, anda hanya perlu ikut sahaja langkah yang diberikan mentor anda atau anda ikut sahaja langkah yang diberikan melalui whatsapp dan sumber lain.
Anda Tidak Percaya dan Tak Pasti Tentang Program Ini?

Baiklah. Kami di Pahlawan Agro memang tidak memaksa anda untuk terus menerus mempercayai kami. Kerana kami juga merupakan peserta dan ahli Sahabat Agro yang sah.

Jadi, kami tidak dapat menceritakan melebihi apa yang telah ditetapkan dalam terma dan syarat oleh pihak Agrobank.

Oleh itu, jika anda masih kabur dan tidak pasti tentang info kami berikan. Kami berbesar hati untuk anda terus meneliti tentang program ini melalui web rasmi Agrobank http://www.agrobank.com.my/ atau anda boleh terus walk-in ke mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan dengan anda.

Tetapi, apabila anda hendak pergi Agrobank bertanya tentang program ini. Apakata ambil borang dengan team kami dahulu. Ini kerana, apabila officer bank berkenaan berjaya meyakinkan anda, dan anda berminat nak join program Sahabat Agro ini, anda boleh terus daftar melalui team kami.

Harus diingatkan disini jika TIADA BORANG TIDAK BOLEH DAFTAR Sahabat Agro. Maksudnya disini, anda tidak boleh sertai program ini tanpa perujuk yang sah yang mendaftar terdahulu sebelum anda.

Dapatkan Borang Disini ⤋

Sila klik button atau image dibawah ini. Anda akan dibawa ke ruangan borang online. Dan disitu kami memerlukan nama, alamat dan no telefon bimbit anda. Ia bertujuan untuk memudahkan kami menghantar borang melalui pos.
https://goo.gl/forms/rT3yCKCal4It8z5J2

Borang tidak boleh di muat turun kerana semasa pendafataran anda memerlukan borang ORIGINAL yang dikeluarkan oleh Agrobank dan diborang itu juga memerlukan tandatangan dan maklumat perujuk anda.

Comments